Tak Perlu Tunggu Lama, Cara Buka Akaun Tabung Haji Online 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Baru-baru ini dikhabarkan, Lembaga Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan satu platform terbaharu kepada masyarakat diluar sana iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (VAO).

[BACA: BPR Fasa 3: Semak Tarikh Bayaran & Jumlah Baki Yang Akan Diterima 2021]

Platform ini boleh dibuat menerusi pautan dan aplikasi ThiJARI. Perkara sedikit sebanyak dapat memudahkan orang ramai membuka akaun mereka secara dalam talian sahaja.

Perkara ini juga merupakan salah satu inisiatif transformasi digital TH dalam memperluaskan akses perkhidmatan, penjimatan masa, mesra alam, selamat dan juga cekap.

VAO juga bertujuan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beraga Islam dalam usaha untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah di mana sahaja mereka melalui THiJARI, kata Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad.

Beliau turut berkata, bakal pendeposit hanya perlu melayari laman web  www.thijari.com.my (dan klik – Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG), kemudian isi butiran lengkap secara dalam talian dan seterusnya hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Kemudahan ini sekali gus dapat memudahkan urusan bagi pembukaan akaun baharu dan masa yang diperlukan untuk membuka sebuah akaun juga tidaklah terlalu lama kerana telah disingkatkan dari 15 minit ke satu minit serta pendeposit akan diberi keutamaan di cawangan TH.

Hal ini adalah kerana sudah melengkapkan permohonan mereka terlebih dahulu.Pendeposit juga perlu memenuhi syarat pembukaan akaun yang telah ditetapkan iaitu pendeposit baharu hendaklah membawa MyKad dan amaun deposit permulaan.

[BACA: “Peniaga Perlu Daftar SSM Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Manfaat..”]

Jika pendeposit mempunyai anak kandung yang mana di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI ini, katanya lagi.

Menurutnya, pendeposit boleh meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP). Hal ini bagi mengurangkan interaksi bersemuka semasa di kaunter cawangan TH di seluruh negara berikutan penularan COVID-19 yang amat membinmbangkan buat masa ini.

Katanya, Pihak TH akan terus komited dalam menambah baik mutu dan capaian perkhidmatan mereka bagi keselesaan pendeposit serta mewujudkan perkhidmatan yang lebih menyeluruh, mudah dan fleksibel.

Mereka juga akn sentiasa peka terhadap keperluan semasa seiring perkembangan digital dan yang paling penting ialah mereka akan memastikan keselamatan pendeposit akan terjaga walaupun di dala suasan pandemik Covid-19 ini.

Sejak THiJARI diperkenalkan pada Februari 2020, platform itu berjaya menarik lebih 800,000 pengguna THiJARI Web dan 400,000 pengguna THiJARI App.

[BACA: Bantuan Usahawan Dan Wanita Bekerja Sendiri RM163 Sebulan]

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here