Tak Potong Gaji, 4 Kelebihan UK Laksana Kerja Empat Hari Seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ura-ura kerja 4 hari seminggu akhirnya jadi realiti apabila pibuan pekerja United Kingdom (UK) pada Isnin akan memulakannya tanpa pemotongan gaji.

Projek perintis itu adalah percubaan terbesar bagi inisiatif seumpamanya, lapor CNN.

Ia akan berlangsung selama enam bulan, membabitkan 3,300 pekerja yang merangkumi 70 syarikat, daripada penyedia perkhidmatan kewangan sehingga kepada restoran, lapor CNN.

Pekerja berkenaan menerima 100 peratus daripada gaji mereka untuk bekerja hanya 80 peratus daripada tempoh dalam minggu biasa, sebagai pertukaran dengan komitmen untuk mengekalkan produktiviti.

Program itu dikendalikan oleh pertubuhan bukan berasakan keuntungan, 4 Day Week Global; badan pemikir, Autonomy dan Kempen 4 Hari Seminggu UK dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Cambridge, Universiti Oxford dan Kolej Boston.

Pengurus jenama di sebuah kilang bir bebas di London, Sienna O’Rourke memberitahu CNN Business bahawa matlamat terbesar syarikat adalah meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan pekerjanya.

“Pandemik membuatkan kami banyak berfikir mengenai kerja dan cara orang mengatur kehidupan mereka.

“Kami melakukan ini untuk meningkatkan kehidupan kakitangan dan ia menjadi sebahagian daripada perubahan progresif di dunia,” katanya.

Memandangkan syarikat itu mengeluarkan dan menghantar produk, pekerja mempunyai kurang fleksibiliti terhadap masa dan tempat mereka bekerja, kata O’Rourke.

Tetapi, katanya, sebarang kesulitan dalam mengurus cuti tahunan dan cuti sakit akan diatasi secara bersama.

Dalam pada itu, menurut CNN, Iceland setakat ini, menjadi negara yang memperkenalkan hari bekerja dalam seminggu yang lebih pendek.

Ia menerusi projek percubaan membabitkan 2,500 pekerja sektor awam, yang diadakan antara 2015 dan 2019.

Percubaan itu menunjukkan tiada penurunan produktiviti dalam kalangan peserta dan peningkatan dramatik dalam kesejahteraan pekerja.

Inisiatif untuk memendekkan minggu bekerja mendapat sambutan hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini di beberapa negara.

Memandangkan berjuta-juta pekerja beralih untuk bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19 yang menjimatkan masa dan kos perjalanan yang membebankan, terdapat permintaan untuk cara kerja yang lebih fleksibel.

Projek percubaan kerja empat hari seminggu yang disokong kerajaan juga akan diadakan di Sepanyol dan Scotland, pada akhir tahun ini, katta 4 Day Week Global menerusi kenyataan akhbar.

Apa pendapat anda?

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here