Tambang Makin Mahal, 4 Punca Utama Ramai Pemandu E-Hailing Berhenti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Ramai di kalangan pengguna aplikasi e-hailing meluahkan rasa kurang puas hati dengan harga tambang yang didakwa melampau.

Tinjauan Niaga Kini sendiri, tambah naik sehingga lebih 80% terutamanya ketika waktu puncak.

Perbezaan tambang pada waktu berbeza dalam jarak yang sama

Oleh itu, pihak Grab Malaysia hari ini menjelaskan bahawa caj tambang perkhidmatan e-hailingnya yang dilihat berubah tidak menentu baru-baru ini adalah berpunca daripada kekurangan pemandu yang bekerja ketika itu untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

Grab Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata pada pertengahan Mei lepas, jumlah pemandu di platform mereka masih dalam keadaan kurang 70 peratus daripada keadaan sebelum pandemik.

“Kami perlu terangkan dengan jelas, bahawa kami tidak membuat sebarang perubahan terhadap struktur tambang.

“Apabila jumlah yang menempah perkhidmatan terlalu ramai berbanding jumlah pemandu di sedia ada di kawasan tertentu , caj tambang akan melonjak bagi menggalakkan lebih ramai pemandu ‘menghala’ ke arah lokasi penumpang,”

Apa yang menjadi punca kekurangan pemandu?

Di sini kami nak kongsikan punca yang dipercayai menjadi masalah utama kurangnya pemandu grab di Malaysia.

daftar grab crab online


1. Acceptance rate dan cancellation rate – akaun pemandu grab boleh di gantung sekiranya gagal untuk memenuhi AR dan CR ni.AR ialah peratus driver menerima job yang masuk dan siapkan job tersebut dan CR ialah peratus driver  batalkan job yang telah di terima.

Grab kawal peratus AR dan CR kerana untuk memastikan driver tidak terlalu memilih job yang sesuai dengan dirinya mungkin untuk memenuhi masanya sendiri.Boleh tak terima job dan batalkan job tetapi biarlah berpada. 10 job masuk, 3 mesti di siapkan dan 10 job yang telah driver terima, hanya boleh batalkan satu sahaja untuk menjaga rating AR dan CR.


2. Driver mengeluh mudah kena ban – memang driver akan kena ban jika melakukan kesalahan. Masa daftar pemandu grab Malaysia, driver telah diverikan training online mengenai sebab-sebab kena ban. Jadi driver kena waspada dan menjaga akaun pemandu grab dengan baik. Jika driver rasa dianiaya, driver boleh kemukakan bukti kepada grab hq dengan segera. Masih ada ruang untuk berkompromi.


3. Q lama di airport – ini bergantung, biasanya memang lama. 3 jam tu perkara biasa untuk dapatkan job airport. Q panjang sehingga 1000 driver tetapi ada masanya q sangat laju bergerak jika banyak aircraft yang landing.


4. Grab potong 25% setiap job – ini maksimun sekarang. Dengar cerita, kerajaan baru memberi  peraturan hanya boleh potong 20% max sahaja tetapi belum di kuatkuasakan lagi.

Selain itu, ada juga pemandu yang sudah mendapat pekerjaan tetap atau kembali ke pekerjaan asal sebelum PKP.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber:  Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here