Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0, November Ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Adakah usahawan mikro dan PKS yang sudah menerima Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0? 

Bermula November ini, anda yang layak sudah boleh semak akaun sama ada bayaran sudah dikreditkan atau belum.

Berdasarkan laman sesawang gkp.hasil.gov.my, pembayaran GKP 4.0 akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.

[Baca Juga Senang Sangat, 3 Cara Nak Buat Katalog Whatssap Bussiness]

TARIKH BAYARAN

Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan tarikh bayaran GKP 4.0 Fasa 2.

Bagaimanapun, semua pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda pada penghujung November ini.

CARA BAYARAN

Berikut ialah kaedah pembayaran yang akan dilaksanakan :

Pembayaran sebanyak RM500 akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau akaun bank persendirian penerima sedia ada iaitu GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.

GKP dilaksanakan pada pertengahan tahun 2020 semasa negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 untuk membantu usahawan dan peniaga berikutan penutupan semua sektor ekonomi.

Sehingga hari ini, pembayaran GKP sudah dilaksanakan sebanyak 5 Fasa iaitu GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0, GKP Tambahan dan GKP 4.0.

GKP 4.0 pula diumumkan pada Jun 2021 lalu oleh kerajaan semasa negara menghadapi ‘Full Lockdown’.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: gkp.hasil.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here