Tebus Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Kerajaan sudah mengumumkan inisiatif bagi meringankan beban mangsa banjir untuk membaik pulih kenderaan masing-masing menerusi Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Antara kenderaan yang layak untuk dibaik pulih menggunakan baucar ini seperti kereta, motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir

[Baca Juga i-Saraan KWSP : Cara Pendaftaran Online & Manfaat]

Mangsa yang terjejas akibat bencana banjir ini boleh membuat penebusan di syarikat automotif yang disenaraikan.

Tarikh Tuntutan Penebusan

Tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia boleh dibuat daripada 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, anda dinasihatkan membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah.

Pelaksanaan Diskaun

Syarikat automotif akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma dan pihak kerajaan pula akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.

Bagi pemilik kereta PROTON dan PERODUA, kedua-dua syarikat tersebut menawarkan diskaun bagi alat ganti.

Selain itu juga, pihak PERODUA juga menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma.

Syarikat Automotif Terlibat

Syarikat automotif yang terlibat dalam pelaksanaan baucar diskaun ini adalah seperti berikut:

  • Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA)
  • Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON)
  • Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
  • UMW Toyota Motor
  • Honda Malaysia
  • Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
  • Volvo car Malaysia
  • TC Euro Cars (Renault)
  • Mercedes-Benz Malaysia
  • BMW Malaysia
  • Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
  • Mazda, Peugeot dan KIA
  • TC Subaru
  • Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
  • Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.
  • Boon Siew Honda Sdn.Bhd.
  • Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
  • Mofaz Motorsikal Sdn. Bhd.
  • KMSB Motors Sdn.Bhd. (Suzuki)

Cara Memohon

Anda boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat.

Pengurangan kos pembaikan akan diberikan secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari laman web https://www.mof.gov.my/portal/ms/.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Semakan Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here