Teknik Buat Website Anda Nombor 1 Dalam Google Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Sesetengah website yang ‘meletup’, tak perlu pun copywriting yang hebat tapi tetap nombor satu dalam senarai Google.

Apakah rahsianya? Pelik juga kan sedangkan jenama lain beriya-iya buat content tapi susah betul nak cari dalam Google.

Niaga Kini nak kongsi pandangan Edwin Masripan@edwinmasripan menerusi ciapannya berhubung perkara ini.

“Bagaimana, website yang tiada backlink dan dibina dalam 2 minggu boleh mendapat tempat tertinggi di Google?

“Apa trick nya? Apa thought process? Apa dibuat?

Page ini SIMPLE gile.

Almost tiada content, kecuali kita interact dengan input dan cuba masukkan data.

Ini rupa page tersebut.

Bagi menempatkan produk anda di rank Google, ini adalah pelan tindakan anda:

1. Bina tools

2. Paling mudah guna

3. Tulis SEO Meta.

4. Copywriting direct.

5. Paksa visitor ‘stay lama’.

6. Promote di Twitter

7. Paksa Google Index.

1. Bina Tools.

Mulakan dengan tujuan yangg tepat dan ringkas. Selesaikan masalah diri sendiri terlebih dahulu.

Saya ada masalah nak tulis headline banyak2.

Saya pakai excel, tapi tak layan. Terus belajar cara coding dan code.

2. Paling Mudah Diguna.

“Click, copy.

Select, download as text.”

Bunyi simple, tapi simple itu la paling susah nak buat. Bak kata Steve Krug “Don’t make me think’.

UI simple. Focus on apa nak Visitor bertindak.

3. Tulis SEO Meta

  • Title & Description
  • H1, H2 Text sampingan
  • Opengraph Image (seperti link di bawah)

Kita mudahkan kerja Google untuk buat kerjanya, mengindex-ka

4. Copywriting Direct

Asalnya copywriting berjela. Pendekkan, buang apa ayat yang tak perlu.

Buang sehingga hampir hilang context.

Problem -> Solution.

Jika bagi 10 problem, mungkin 2-3 yang kena. Bagi satu sahaja yang paling tepat

5. ‘Paksa’ Visitor Stay Lama.

Bila website cepat bertindak, visitor akan stay lebih lama, sebab

  • Akan cuba setting lain
  • Akan geledah code
  • Akan pergi ke page lain.

6. Promote di Twitter

Pada minggu pertama, saya hanya share di Twitter. Dapatkan feedback kemudian share di SocMed yang lain.

Setiap Quote RT, saya RT.

(Jangan kedekutlah, benda free je).

 7. Paksa Google Index

Bila dah stabil, baru paksa Google index. Macam mana nak paksa Google index? Tengok video 5 minit ni. Sebenarnya semua website ada potensi menjadi no 1 di Google.

Design

Technical

Message

Betulkan 3 aspek ini.

[Baca Juga 11 Strategi Perniagaan Kecil ‘Survive’ Dalam Pandemik Covid-19]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Edwin Masripan@edwinmasripan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here