TEKUN: Mohon Bantuan RM20,000, Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro Terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Niaga Kini ingin berkongsi dengan anda mengenai TEKUN Nasional dimana mereka telah membuka permohonan kepada ushawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

[BACA JUGA: 5 Perkara Penting Anda Perlu Buat Dengan Wang Moratorium]

Bagi anda yang masih belum mengetahui apa itu CBRM 2.0 ialah ianya merupakan pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang dimana tyerjejas ekoran pandemik Covid-19. Perkara ini membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulih semula perniahaan mereka.

Objektif bagi CBRM 2.0 ini adalah untuk membantu usahawan baharu dan sedia ada yang dimana mengalami kesan akibat pandemik Covid-19 yang sedang menjalankan perniagaan di dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan di dalam kesukaran masa pandemik ini.

Kadar Pembiayaan

Untuk pengetahuan anda, bagi kadar pembiayaan yang akan ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 kepada usahawan baru dan bukan itu sahaja, bagi usahawan sedia ada, kadar bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM20,000.

[BACA JUGA: Ramai Keliru CTOS Dan CCRIS, Cara Mohon Pinjaman Kalau Nama ‘Blacklist’]

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mastilah Bumiputera/India dan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
  3. Pemohon mempunyai lesen/permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau mendaftar perniagaan melalui SSM.
  4. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  5. Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
  6. Pemohon bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  7. Baki pembiayaan sedia ada pemohon tidak melebihi RM100,000.
  8. Aktiviti yang dijalankan oleh pemohon adalah patuh syariah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan CBRM 2.0, usahawan yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web TEKUN Online iaitu https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh proses Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja (tertakluk pada terma dan syarat).Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

Ya. Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.Adakah TEKUN melantik ejen/wakil untuk menguruskan CBRM 2.0?

Tidak. TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.Adakah CBRM 2.0 mempunyai simpanan seperti skim pembiayaan TEKUN yang lain?

Usahawan menerusi CBRM 2.0 dikecualikan daripada membayar simpanan.Apakah jenis sektor perniagaan yang layak memohon skim ini?

Sektor perniagaan yang layak memohon skim ini adalah seperti peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, Kontraktor kecil, perniagaan online, pertanian dan perusahaan asas tani.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai CBRM 2.0, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ atau merujuk kepada pejabat cawangan TEKUN Nasional yang berhampiran di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

[BACA JUGA: “Masalah Gaji, Dipaksa, Diberhentikan Tanpa Sebab Sah” – Ini Hak Pekerja Perlu Tuntut]

Apa pendapat anda?

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.ini

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: semakanonline

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here