TEKUN: Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Usahawan Terjejas Banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Demi menjamin kelangsungan sktor ekonomi dan perniagaan, ada pelabagai inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan situasi semasa Covid-19.

Beliau ada mengumumkan pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk perangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.

[BACA:Bayaran BPN 2.0 Telah Dikreditkan, Ini Cara Untuk Semak Kelulusan]

Jadi, khusus untuk usahawan TEKUN yang terlibat dengan bencana banjir baru baru ini, TEKUN Nasional memperkenalkan INISIATIF PRIHATIN BANJIR TEKUN seperti pada butiran berikut:-

1. Penangguhan Bayaran Balik dan Penjadualan Semula.

2. Pengeluaran Simpanan

3. Pembiayaan Bertindih (overlap)

Image may contain: ‎text that says "‎FAQ PENANGGUHAN BAYARAN BALIK & PENJADUALAN SEMULA TEKUN Apakah yang dimaksudkan penangguhan pembayaran balik pembiayaan di bawah Inisiatif Prihatin Banjir TEKUN? la adalah penangguhan bayaran balik selama 6 bulan ) Januari hingga Jun 2021 kepada usahawan yang terlibat dengan bencana banjir premis perniagaan atau rumah kediaman yang mengakibatkan peminjam menghadapi kesukaran untuk menjelaskan bayaran balik pembiayaan. Apakah kriteria kelayakan penangguhan ini dan bilakah bermulanya penangguhan ini? Penangguhan ini boleh dimohon oleh usahawan yang masih dalam tempoh pembiayaan semasa berlakunya bencana banjir. Penangguhan akan diberikan bermula Januari 2021 dan berakhir pada Jun 2021. ره KEMENTERIANPEMBANGUNAN MINERYOR .NTNACO.MOOOM Hentikan 2030‎"‎

No photo description available.

Anda boleh memohon penangguhan ini bersekali dengan penjadualan semula pembiayaan dengan melengkapkan Borang JPBB/BORANG/14. Walau bagaimanapun, usahawan yang telah menjadualkan semula pembiayaan menerusi Penjadualan Semula 2.0 tidak boleh menjadualkan lagi pembiayaan mereka. Sila rujuk Pejabat Cawangan untuk semakan / maklumat lanjut.

Semua produk pembiayaan layak memohon KECUALI produk Kontrak-i.

Anda boleh membuat meneruskan pembayaran menerusi Aplikasi TEKUN Pay (mobile apps), perbankan internet, CDM dan saluran pembayaran TEKUN yang lain.

[BACA: I-Sinar: Cara & Semakan Bayaran Interim Sehingga RM1000 Kategori 2]

Tidak, rekod pembayaran balik anda tidak terjejas sepanjang tempoh  penangguhan ini.

Tiada sebarang caj tambahan dikenakan sepanjang penangguhan ini.

Tempoh pembiayaan anda akan dipanjangkan untuk 6 bulan. Sebagai contoh, pembiayaan anda akan tamat pada 30 November 2021 dan disebabkan penangguhan bayaran balik selama 6 bulan ini, tempoh pembiayaan anda akan dipanjangkan sehingga 31 Mei 2022.

Setelah tamat tempoh penangguhan tersebut, pembayaran balik pembiayaan perlu dibuat seperti biasa ( mulai Julai 2021 ).

Sekiranya pembiayaan anda telah tamat tempoh, anda dinasihatkan untuk membayar tunggakan tersebut atau membuat penjadualan semula pembiayaan di Pejabat TEKUN Cawangan.

Permohonan boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh berlakunya bencana dengan mengemukakan Borang JPBB/BORANG/14 yang telah dilengkapkan kepada Pejabat Cawangan.

Muat turun borang permohonan: BORANG

Maklumat lanjut boleh klik link ini: TEKUN

Kongsikan info bermanfaat ini di semua platform sosial anda agar lebih ramai tahu tentang bantuan zakat ini.

Moga perkongsian anda akan membantu mempermudahkan urusan orang lain dan menjadi lubuk pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: TEKUN NASIONAL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here