Terkini: Semak Permohonan Bantuan SPIN TEKUN 2.0 RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Berita baik buat peniaga dan usahawan diluar sana, Niaga Kini ingin kongsikan mengenai permohonan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 telah dibuka bermula 15 Ogos dengan had maksimum pembiayaan RM10,000.

[Baca Juga KWSP: Pihak NUBE Gesa Kembalikan Wang KWSP Ahli Yang Dikeluarkan]

Untuk pengetahuan anda skim ini adalah bertujuan untuk membantu memulihkan dan memulakan semula perniagaan mikro yang terkesan ekoran pandemik COVID-19 untuk meneruskan semula perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata skim tersebut diperkenalkan melalui peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Di bawah Niaga Kini akan kongsikan maklumat lanjut mengenai skim ini.

Apakah SPIN 2.0?

Untuk pengetahuan anda Skim Pembiayaan Informal ( SPIN )2.0 adalah skim pembiayaan untuk usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataupun usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.

Nilai Pembiayaan

  1. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM 5,000
    • Usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan ( SSM )
  2. Nilai pembiayaan sebanyak RM1,000 – RM10,000
    • usahawan yang mempunyai lesen / permit atau daftar perniagaan ( SSM ) yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

Syarat Permohonan SPIN 2.0

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Penghulu / Ketua Kaum ( Sabah & Sarawak ) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan ( SSM ) yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada tindakan kebankrapan
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

  • Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan
  • penjaja kecil
  • peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah ( home-based business)
  • peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business)
  • peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian ( online business )
  • perniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ( delivery services).

Kadar Keuntungan

Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0 %.

Cara Permohonan SPIN 2.0

Boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran diseluruh negara atau secara dalam talian di https://tekunfin.tekun.gov.my

Sila rujuk infografik di bawah untuk info penuh:

spin 2.0
spin 2.0 tekun
spin 2.0 tekun

Tarikh Akhir Permohonan

Tarikh akhir permohonan SPIN 2.0 adalah pada 28 Oktober 2021.

Semakan Status / Kelulusan

Pemohon akan dihubungi oleh pegawai setelah selesai membuat permohonan.

Semakan status permohonan juga boleh dibuat secara online melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/login

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang pembiayaan SPIN 2.0 TEKUN boleh dilihat melalui Soalan Lazim (FAQ) di pautan https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-spin/

ATAU

Dapatkan maklumat lengkap Pejabat Cawangan TEKUN di seluruh negara boleh dilayari melalui link berikut : www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/

Telefon: 03-9059 8888DISYORKAN UNTUK ANDA

[Baca Juga:KWSP i-Lindung Bantu Rakyat, Benarkan Pengeluaran Akaun 2]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahal berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here