Terlupa Bawa Kad Bank? Rupanya Ada Cara Nak Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Adakah anda mengetahui bahawa pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad. Jangan risau, perbuatan ini selamat dan amat berguna ketika kecemasan.

Sebagai contohnya, buat peniaga yang hendak membeli barangan secara borong tetapi cash tidak mencukupi dan kad bank anda tertinggal, kaedah ini boleh menyelamatkan anda.

[BACA: Lebih Senang Nak ‘Close Sale’, 5 Kepentingan Katalog Dalam Perniagaan]

Perkhidmatan ini dikenali sebagai Cardless Withdrawal dan Niaga Kini akan berkongsi maklumat lanjut tentang perkidmatan ini di Maybank dan cara membuat pengeluaran.

Untuk pengetahuan anda, Maybank merupakan bank yang  mempunyai perkhidmatan dimana membolehkan pelanggan Bank untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dan mudah.

Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS  untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.

Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.

keluarkan duit maybank tanpa kad

Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank

  1. Masuk Maybank2u apps
  2. Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
  3. Klik pada “cardless ATM withdrawal”
  4. Letak no telefon
  5. Pilih amaun yang mahu di keluarkan
  6. Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
  7. Ikut dua langkah penting ni:
    • Masukkan ID 16 digit
    • Masukkan kod 6 digit
  8. Dah boleh keluarkan duit.

Ikut gambar step by step di bawah ini ya:

Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.

keluarkan duit maybank tanpa kad

[BACA: Jangan Tertipu, Ini Senarai Barangan Harga Terkawal Aidilfitri 2021]

Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.

pengeluaran maybank tanpa kad

Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.

Isikan nama dan butiran seperti di bawah:

keluarkan duit maybank

 

cardless withdrawal maybank

Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.

cardless withdrawal maybank

Anda akan menerima notifikasi begini.

keluarkan duit maybank

Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:

  1. Masukkan ID 16 digit
  2. Masukkan kod 6 digit
keluarkan duit maybank

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia di sini: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/funds_transfer/local/Cardless_withdrawal.page?

[BACA: Terkini: Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Cara Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori]

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Post

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here