Usahawan Popular Dilepas Dari Tuduhan Langgar SOP, Ini Penjelasan Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Mei lalu heboh kisah pasangan selebriti Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail di tuduh melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, hari ini Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan berkenaan dan melepaskan tanpa membebaskan pasangan berkenaan.

Walaupun dilepaskan, keputusan mahkamah sama ada mereka dibebaskan daripada tuduhan hanya akan diumumkan pada 21 Disember ini.

[Baca Juga Harga Di Menu Lain, Restoran ‘Mamak’ Diam-Diam Letak Caj Tambahan?]

Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah, berkata mereka akan kembali ke mahkamah pada 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.

“Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan,” katanya.

Peguam itu berkata lagi, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan apatah lagi dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan kadar kompaun yang akan dikenakan namun menjangkakan ia adalah rendah.

Muhammad Haris didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB, tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.

Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.

Pagi tadi, Neelofa yang berjubah biru dan Haris berbaju sut biru tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9.30 pagi.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan ini.

Like & Follow Niaga Kini untuk lebih banyak info terkini mengenai perniagaan, isu semasa, kerjaya, bantuan & keusahawanan.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here